Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna memang jarang ditemui. Dan memang benar, kucing jantan dengan kombinasi bulu 3 warna lebih jarang lagi ditemui. Jika anda menemui kucing ‘belang 3? ini, sudah pasti ia adalah betina. Ini memang fakta yang dan bukan benda baru.
Anda pasti pernah mendengar mengenai versi-versi supranatural tentang kucing jantan ‘belang 3? yang agak mustahil ditemui ini. Kepercayaan orang tua tentang kucing jantan belang 3 yang antara lain ialah
Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat.
Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul. Kemungkinan kucing jantan belang 3 dibandingkan dengan kucing betina belang 3 adalah 1:10,000. Kerana itulah kucing jantan belang 3 ini dihargai dan sangat mahal di Amerika dan Eropah.

- Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui kerana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semula jadi tidak dibenarkan untuk lahir.
- Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.